KOTA KINABALU: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah Kampus Tawau perlu dikekalkan sebagai kampus yang berfungsi sepenuhnya dan tidak kehilangan identiti serta peranan akademiknya susulan cadangan rasionalisasi operasi oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, penjelasan lanjut perlu diberikan berhubung cadangan rasionalisasi itu, termasuk perancangan menjadikan kemudahan kampus berkenaan sebagai hab pendidikan yang turut membabitkan institusi lain.
Katanya, walaupun Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dilaporkan memberi jaminan kampus itu tidak akan ditutup, masih timbul persoalan mengenai masa depan sebenar institusi terbabit.









