KOTA BHARU – Kerajaan dicadangkan menggubal undang-undang khusus bagi mengawal selia industri barangan terpakai atau bundle bagi memastikan peniaga kecil tidak berdepan risiko tindakan undang-undang akibat kesukaran mengesahkan ketulenan barangan diperoleh secara pukal.Peguambela dan Peguamcara, Nik Saiful Adli Burhan berkata, langkah itu penting bagi membezakan peniaga yang menjalankan perniagaan barangan terpakai secara sah dengan pihak yang sengaja menjual produk tiruan.Menurutnya, kebanyakan peniaga bundle memperoleh stok dalam bentuk tokol atau bale, iaitu bungkusan besar mengandungi pelbagai barangan terpakai yang dikumpulkan dan dibungkus pembekal di luar negara.Katanya, peniaga lazimnya hanya mengetahui kategori barangan seperti beg tangan, pakaian atau kasut, namun tidak semestinya mengetahui jenama, model, usia, keadaan serta ketulenan setiap produk sehingga bungkusan berkenaan dibuka di Malaysia."Dalam perniagaan barangan baharu, pengimport atau pengedar lazimnya boleh menentukan jenis, jenama, model, spesifikasi dan kuantiti barang yang dibeli daripada pengilang atau pembekal."Sebaliknya, kebanyakan peniaga bundle memperoleh stok dalam bentuk tokol. Kandungannya sering tidak dapat dikenal pasti secara terperinci sehinggalah tokol tersebut dibuka," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.Beliau berkata, kesukaran mengesahkan ketulenan barangan turut berpunca daripada ketiadaan dokumen asal seperti resit, sijil ketulenan atau kad pengesahan bagi produk yang sudah lama digunakan.Jelasnya, keadaan fizikal produk seperti jahitan tidak sekata, warna pudar, kulit merekah atau label rosak tidak semestinya membuktikan barangan itu tiruan kerana mungkin berpunca daripada penggunaan bertahun-tahun, pembaikan atau penyimpanan tidak sempurna."Pengelasan keaslian sesuatu produk memerlukan penelitian terhadap jahitan, bahan, monogram, label, bentuk huruf dan kemasan yang melibatkan ciri teknikal tertentu."Jika pegawai penguat kuasa sendiri memerlukan bantuan wakil pemilik cap dagangan yang mempunyai kepakaran tertentu untuk membuat pengesahan, bagaimanakah kita boleh menganggap setiap peniaga bundle kecil mempunyai tahap pengetahuan dan keupayaan teknikal yang setara?" katanya.Nik Saiful Adli berkata, isu berkenaan turut dapat dilihat menerusi satu kes yang dikendalikannya di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada Khamis, membabitkan 47 beg terpakai menggunakan cap dagangan Louis Vuitton, Christian Dior dan Burberry.Dalam kes itu, anak guamnya dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan mengikut Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019 tanpa dipanggil membela diri.Katanya, antara alasan utama keputusan itu ialah berkaitan pemakaian Seksyen 133 akta berkenaan selain hujahan lain pihak pembelaan.Bagaimanapun, beliau menegaskan keputusan itu hanya terpakai terhadap pertuduhan dan keterangan dalam kes berkenaan, bukannya bermaksud industri bundle dikecualikan daripada pemakaian Akta Cap Dagangan 2019.Sehubungan itu, Nik Saiful Adli mencadangkan ke