PETALING JAYA – Sebanyak 87 peratus daripada kira-kira 26.6 juta pemilik kenderaan aktif di negara ini berdepan risiko menanggung kerugian besar apabila mereka tidak mengambil perlindungan insurans banjir terutama bagi menghadapi musim tengkujuh ketika ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), Chua Kim Soon berkata, berdasarkan data terkini pihaknya, kadar pengambilan perlindungan khusus bagi risiko banjir dalam kalangan pemilik kenderaan masih berada pada tahap membimbangkan iaitu hanya 13 peratus atau sekitar 3.4 juta.
Kim Soon Menurutnya, situasi tersebut berpunca daripada salah faham ramai pengguna yang menyangka polisi insurans kenderaan komprehensif (first party) sedia ada sudah memadai untuk melindungi aset mereka daripada bencana alam.









