PETALING JAYA: DAP tidak melakukan pusingan ‘U’ berhubung peletakan jawatan Anthony Loke Siew Fook sebagai Menteri Pengangkutan walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu perkara itu dipertimbang semula.

Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Syahredzan Johan berkata, tiada perubahan atau keperluan untuk perkara itu dibincangkan semula di peringkat parti.

Ahli Parlimen Bangi itu berkata, hal ini kerana keputusan yang sudah dibuat CEC adalah jelas.

“Justeru, keputusan kami DAP kekal seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini berhubung perletakan jawatan Anthony Loke.