Dua wakil Bersatu dikekalkan kerajaan Kedah ialah Adun Bukit Kayu Hitam Halimaton Shaadiah Saad dan Adun Kubang Rotan Mohd Salleh Saidin.PETALING JAYA: Dua penganalisis berpandangan tiada keperluan merombak barisan exco Kedah selagi pentadbiran Menteri Besar Sanusi Nor berjalan lancar walaupun hubungan politik PAS dan Bersatu sudah terputus.

Felo Majlis Profesor Negara, Azmi Hassan, berkata keputusan mengekalkan dua exco Bersatu itu mempunyai asas munasabah kerana mereka tidak menimbulkan masalah yang boleh mengganggu kestabilan kerajaan negeri.

Azmi Hassan.“Dari satu sudut, keputusan Sanusi kekalkan dua exco Bersatu bukan sesuatu yang pelik kerana mereka tidak menimbulkan masalah dan pentadbiran kerajaan negeri masih berjalan lancar,” katanya kepada FMT.