ALOR GAJAH – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta memberikan penjelasan berhubung aduan seorang pengundi di Merlimau yang mendakwa namanya sudah ditandakan sebagai telah mengundi walaupun belum menunaikan tanggungjawab itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada Sabtu.Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari berkata, perkara itu antara beberapa aduan yang dibangkitkan sepanjang proses pengundian berlangsung, selain isu penyebaran risalah dan perhimpunan di hadapan pusat mengundi.Menurutnya, perhimpunan berkenaan bagaimanapun telah dileraikan oleh pihak polis yang turut mengambil beberapa langkah bagi menangani aduan sepanjang proses pengundian."Saya fikir isu tidak dapat mengundi tidak timbul lagi kecuali di Merlimau apabila ada seorang pengundi membangkitkan perkara itu kerana namanya sudah mengundi."Pihak SPR perlu memberikan penjelasan perkara itu," katanya selepas selesai mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal di sini.Sebelum itu, beliau yang juga calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil meluangkan masa meninjau 11 sekolah yang dijadikan pusat mengundi sebelum menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di DUN Durian Tunggal.Dalam perkembangan lain, Adly berkata, keadaan cuaca yang baik membantu kelancaran proses pengundian, dengan kehadiran pengundi dilihat memberangsangkan sejak jam 8 pagi.Beliau berkata, sistem baharu yang digunakan SPR bagi memaparkan jumlah keluar mengundi secara masa nyata di kesemua 28 DUN membolehkan perkembangan proses pengundian dipantau."Kepada yang masih belum keluar mengundi terutama generasi muda yang mana ada sesetengah tempat itu kadar tinggi dan ada masih kurang."Ini peluang yg terbaik untuk mereka dalam tempoh kurang sejam ini dan ada sebahagiannya pengalaman pertama, ambillah pengalaman itu kerana ia berkaitan masa depan untuk negeri Melaka," katanya.
PRN Melaka: Pengundi dakwa nama ditanda sebelum mengundi: SPR diminta beri penjelasan

Key takeaways
Pengundi di Merlimau mendakwa namanya telah ditandakan sebagai telah mengundi sebelum ia mengundi, meminta SPR berikan penjelasan. Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari, menegaskan isu ini di antara aduan lain semasa PRN Melaka.
- Pengundi Merlimau mendakwa nama ditandakan sebagai telah mengundi sebelum mengundi.
- SPR diminta berikan penjelasan mengenai aduan tersebut.
- Pengerusi PH Melaka menegaskan isu ini di antara aduan lain semasa PRN Melaka.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NOOR AINON MOHAMED
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Pengundi Cina masih berteka-teki soal sokongan menjelang PRN Melaka
- Free Malaysia Today Zahid dakwa trend sokongan pengundi Cina di Melaka mula alih kepada BN
- Free Malaysia Today Calon PH dakwa nama pengundi disalah guna di Merlimau
- Sinar Harian PRN Melaka: Pengundi dakwa nama ditanda sebelum mengundi: SPR diminta beri penjelasan (this story)







