Seorang kapten Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) ditahan polis Jepun di Okinawa hari ini selepas disyaki memandu dalam keadaan mabuk.
Key takeaways
Kapten Tentera Udara AS, Omena Mushale, ditahan di Okinawa kerana disyaki memandu mabuk pada 3.10 pagi. Penahanan menambah tekanan kepada disiplin tentera AS di Jepun.
- Omena Mushale ditahan di Okinawa atas dakwaan memandu mabuk pada 3.10 pagi.
- Beliau menafikan dakwaan dengan alasan rumahnya berhampiran.
- Penahanan ini menambah tekanan kepada disiplin tentera AS di Jepun.
Summarised automatically by AI from the original article by Utusan Malaysia. AI can make mistakes, so check the original for details.
TOKYO: Seorang kapten Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) ditahan polis Jepun di Okinawa hari ini selepas disyaki memandu dalam keadaan mabuk.
Suspek, Omena Mushale yang bertugas di Pangkalan Udara Kadena, ditahan di tempat kejadian kerana disyaki melanggar undang-undang lalu lintas Jepun.
Mushale dipercayai memandu sebuah kereta ketika berada di bawah pengaruh alkohol kira-kira pukul 3.10 pagi.
Bagaimanapun, beliau hanya menafikan sebahagian dakwaan itu dengan memberi alasan menyangka tindakannya tidak menjadi masalah kerana rumahnya terletak berhampiran, meskipun masih terdapat alkohol dalam badannya.