MELAKA; Gabungan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional (PN) dilaporkan mendahului di 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata keputusan tidak rasmi setakat ini BN menang di DUN Sungai Udang, Lendu, Tanjung Bidara dan Taboh Naning.
Beliau berkata, BN secara tidak rasmi sudah melepasi garis minimum bagi memenangi 10 DUN daripada 28 kerusi secara keseluruhannya di Melaka.
Katanya, semua 10 DUN itu ialah Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu, Tabuh Naning, Asahan, Sungai Udang, Duyong, Rim, Sungai Rambai dan Merlimau.








