Rome: Legenda bola sepak Brazil, Ronaldinho bakal kembali merasai bahang persaingan di atas padang selepas 11 tahun bersara apabila dijadual membuat penampilan bersama kelab divisyen ketiga Itali, Ravenna, esok.
Bekas pemenang Ballon d'Or 2005 itu yang kini berusia 46 tahun, akan diturunkan dalam kesebelasan utama bagi aksi derbi tempatan menentang Forli, sekali gus mencuri perhatian peminat bola sepak dunia.
Ronaldinho kali terakhir beraksi secara profesional bersama Fluminense pada 2015 sebelum mengumumkan persaraan daripada bola sepak.
"Saya mahu menikmati hari yang hebat. Saya gembira berada di sini untuk memulakan sebuah perjalanan yang cukup istimewa.








