Bukan mudah untuk mengekalkan prestasi serta pada masa sama meraih populariti dalam kalangan penonton pelbagai era dan lapisan usia.

Namun vokalis legenda tanah air, Datuk Awie berjaya membuktikan ia bukan perkara mustahil dengan adanya komitmen, disiplin dan kecintaan yang kuat terhadap minat dan kerjayanya ini.

Awie atau nama sebenar Ahmad Azhar Othman, 58, berbangga apabila diundang menjayakan persembahan sempena ulang tahun ke-35, Hard Rock Cafe Kuala Lumpur baru-baru ini.

Awie berkata, dia amat berterima kasih kepada kelab yang mempercayainya dari dahulu sehingga kini dan sekali lagi dipanggil untuk acara istimewa ini bersama Wings.