Mengangkat tema mengenai isu kesihatan mental, penyanyi, Rezza Shah melancarkan lagu baharu bersama penyanyi, penulis lirik dan pengeluar muzik indie, SolCrate dalam lagu terbaharu mereka berjudul Miselia.

Lagu dicipta Deera Lee dan Zul Norizan itu mula dihasilkan sejak April dan secara rasmi mula didengari orang ramai Oktober lalu.

SolCrate atau nama sebenarnya Afiq Aiman Zaidin, 29, berkata pembabitannya dalam menghasilkan lagu Miselia bermula selepas dihubungi pihak Fusion Records tahun lalu untuk melakukan projek khas bersama unit drama Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menceritakan proses kreatif di sebalik tabir penghasilan lagu berkenaan, SolCrate berkata dia menghasilkan bahagian sendiri selepas menerima muzik instrumental daripada komposer, Zul Norizan sebelum digandingkan dengan Rezza Shah.