Teknologi kecerdasan buatan (AI) membolehkan rekaan grafik, poster pengiklanan dan kandungan visual dihasilkan dengan pantas, sekali gus mengubah landskap industri kreatif yang sebelum ini bergantung kepada kemahiran dan kreativiti manusia.
Lebih membimbangkan, penggunaan AI tanpa pertimbangan kreatif boleh menjejaskan keaslian identiti visual tempatan termasuk ketepatan motif tradisional dan elemen budaya.
Pensyarah Kanan Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), TS DR SHAHRUL ANUWAR MOHAMED YUSOF, CIDe berkata, AI seharusnya menjadi alat bantu kreatif, bukannya menggantikan pemikiran kritis, kepakaran dan pertimbangan manusia. Ikuti kupasan beliau dalam Kafe Ahad bersama wartawan ZATUL IFFAH ZOLKIPLY minggu ini.








