PAPAR: Malaysia menyasarkan untuk berada dalam kelompok 20 negara terbaik Indeks Inovasi Global (GII) menjelang tahun depan, berbanding kedudukan ke-34 tahun lalu.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata sasaran itu selaras komitmen kerajaan memperkukuh ekosistem penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi (R&D&C&I) menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Katanya, usaha itu turut memberi tumpuan kepada peningkatan penciptaan nilai harta intelek negara, termasuk menyasarkan sebanyak 2,000 permohonan paten oleh rakyat Malaysia menjelang 2030.
"Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) akan terus mempergiat program pembangunan kapasiti pada 2027 dengan memberi tumpuan kepada peluasan akses pembiayaan, mempercepat pengkomersialan harta intelek serta memperkukuh perlindungan dan pemilikan aset harta intelek tempatan.








%2Ffile%2Fattachments%2F890%2Fkapal_1000x600_399970.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)