PETALING JAYA: Kempen memakai pakaian berwarna hijau diadakan hari ini sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin menerusi kempen Wear Green for Palestine (WGF 2026).
Penggerak kempen WGF, Mohamad Efan Fazril Zahari dan Rosahdan Md. Aziz berkata, kempen tersebut bertujuan mengajak masyarakat untuk terus menyuarakan sokongan kepada rakyat Palestin dan tidak melupakan penderitaan mereka.
Menurutnya, kempen tersebut yang mula diperkenalkan pada 2023 itu juga diadakan selepas isu Palestin dilihat semakin berkurangan walaupun penderitaan rakyat negara itu masih berterusan.
“Justeru, kami mengambil keputusan untuk menghidupkan semula kempen ini pada 2026 sebagai usaha mengajak orang ramai terus bercakap dan menunjukkan solidariti terhadap Palestin.









