JELI – Tindakan seorang lelaki memandu sebuah kereta jenis Honda Integra klon mengundang padah apabila dia ditahan dalam kejadian di Kampung Bukit Lakota dekat sini semalam.

Suspek berusia 27 tahun itu yang positif syabu selepas menjalani ujian air kencing turut memiliki 13 rekod jenayah lampau.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Kamarulzaman Harun, berkata suspek ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli yang sedang menjalankan rondaan cegah jenayah.

“Pemeriksaan mendapati, nombor casis dan enjin tiada dalam rekod pendaftaran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan nombor pendaftaran pula disyaki palsu.