GENTING HIGHLANDS – Lima pelumba sim racing Malaysia bakal membawa cabaran negara ke Nurburgring 24h Endurance Race di Jerman dengan sokongan tajaan penerbangan bernilai RM50,000 daripada Resorts World Genting (RWG).Peluang itu diperoleh menerusi pemilihan dalam Game On e-Racing Championship 2026 yang berlangsung di RWG pada 5 September lalu.Pasukan Malaysia diketuai Muhammad Iqbal Ahamad Suji yang turut bertindak sebagai jurulatih, bersama Lim Jun Yi, Zeth Yuen Xian, Aydrae Amit Janardhan Logan dan Jolie Lau Hui Yuan.Kelima-lima wakil negara berkenaan diraikan dalam satu majlis pelepasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Jerman bagi menyertai kejohanan pada 14 dan 15 November ini.Kejohanan itu disertai 35 pasukan dari Jerman, Austria dan Malaysia, dengan perlumbaan selama 24 jam yang menguji daya tahan, konsistensi, fokus serta kerjasama setiap pasukan.Pasukan itu terdiri daripada tiga pelumba kategori profesional, seorang amatur dan seorang wanita.Naib Presiden Eksekutif Jualan, Pemasaran dan Perhubungan Awam RWG, Spencer Lee berkata, sokongan berkenaan mencerminkan komitmen pihaknya dalam menyediakan peluang kepada bakat tempatan untuk mengembangkan potensi dan menimba pengalaman di peringkat antarabangsa.Menurutnya, bakat sahaja tidak mencukupi untuk seseorang terus maju tanpa peluang, pendedahan dan sokongan sewajarnya."Semua ini penting bagi membantu mereka mengembangkan potensi dan melangkah lebih jauh dalam bidang yang diceburi."Menerusi Game On dan Inspirasi Anak Malaysia, kami komited untuk terus memperkasa golongan muda dengan menyediakan peluang untuk mengembangkan potensi, mengasah bakat dan mencabar kemampuan diri ke tahap lebih tinggi."Kami berbangga dapat menyokong penyertaan pelumba sim racing ini di pentas antarabangsa dan berharap pencapaian serta pengalaman mereka dapat menjadi inspirasi kepada lebih ramai bakat muda Malaysia untuk merealisasikan aspirasi masing-masing," katanya.Kelima-lima peserta mempunyai latar belakang dan pencapaian berbeza dalam arena sim racing, termasuk di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.Ketua pasukan, Muhammad Iqbal mempunyai pengalaman dalam pertandingan antarabangsa apabila pernah mara ke Pusingan Akhir Dunia Gran Turismo World Series 2023 Nations Cup dan menduduki tempat ketiga terbaik di FIA Rally Star Asia-Pacific Final 2023.Beliau turut menjadi jurulatih pasukan sim racing Selangor pada SUKMA 2026 yang menyaksikan Zeth Yuen Xian meraih pingat emas kategori lelaki.Pada usia 11 tahun, Aydrae Amit pula menjadi anggota termuda pasukan Malaysia itu.Beliau pernah muncul juara kategori Inspired Dreamers pada Porsche Esports Sprint Challenge 2024 dan kategori Junior Dreamer's pada 2025, selain mencatat kejayaan di Asian Sim Racing Championship 2025 di Hangzhou, China.Jun Yi pula pernah menjadi sebahagian daripada pasukan yang menjuarai kategori Professional Team Championship di Game On, selain meraih tempat kedua kategori Young Dreamers pada Porsche Esp