SHENZEN: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan mengadakan lawatan kerja rasmi ke China bermula 18 hingga 20 November bagi menghadiri Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-33.
Lawatan strategik ini, yang turut disertai oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani serta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, bermatlamat mengukuhkan kedudukan ekonomi Malaysia di rantau Asia-Pasifik dalam mendepani lanskap geopolitik dan ekonomi global yang semakin dinamik.
Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Norman Muhamad, berkata lawatan ini adalah yang keenam dihadiri oleh Perdana Menteri ke China sepanjang pemerintahan beliau, melambangkan keakraban hubungan antara pemimpin kedua-dua negara.








