PETALING JAYA: Pengalaman mengurus pandemik Covid-19 menjadi asas penyelidikan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ismail Sabri Yaakob yang menerima ijazah Doktor Falsafah (PhD) daripada Universiti Utara Malaysia (UUM), hari ini.
Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin berkenan menyampaikan ijazah itu kepada beliau pada Majlis Konvokesyen UUM Ke-39 di Dewan Mu’adzam Shah, di sini.
Ahli Parlimen Bera itu antara 451 graduan yang menerima ijazah sarjana dan PhD pada majlis berkenaan.
Tesis beliau bertajuk Pengurusan Krisis dan Polisi Keselamatan Kesihatan 2020-2022: Strategi Malaysia Menghadapi Pandemik Covid-19 meneliti langkah yang diambil negara dalam mengurus krisis kesihatan itu.








