LUMUT: Kapal tangki yang merempuh laluan pejalan kaki di Esplanade Wing, dekat sini pagi tadi dipercayai menjalani ujian pemanduan tanpa kebenaran pihak berkuasa.

kawasan tebing berhampiran laluan pejalan kaki di Esplanade Wing, Lumut selepas kejadian tersebut tular di laman sosial, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman, berkata siasatan awal mendapati kapal tangki minyak berkenaan yang sebelum ini dikenali sebagai Fuji bertukar pemilikan kepada pemilik baharu dari Thailand sebelum didaftarkan semula dengan nama Midas.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati terdapat seramai 10 kru warga Thailand di atas kapal sepanjang 83 meter seberat 2,400 tan metrik berkenaan, yang kini disiasat Jabatan Laut Malaysia.