Kuala Lumpur : Seramai 7,997 sukarelawan siap siaga digerakkan bagi membantu mangsa banjir sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027 dengan sokongan tiga bot operasi serta pelbagai aset logistik bagi melancarkan misi penghantaran bantuan ke kawasan terjejas.
Persiapan rapi itu bertujuan memastikan bantuan kecemasan, makanan dan barangan keperluan asas dapat disalurkan segera khususnya kepada mangsa yang terputus hubungan atau berada di lokasi sukar diakses melalui laluan darat.
Menurut Timbalan Pengurus Besar Yayasan Ikhlas, Syafiq Syahmi, kesiapsiagaan jentera bantuan perlu digerakkan lebih awal tanpa menunggu bencana melanda memandangkan tindak balas pantas amat krusial dalam menyelamatkan nyawa.








