SELEPAS tujuh tahun menyepi daripada arus perdana hiburan tanah air, juara program Vokal Bukan Sekadar Rupa, Uchop Ahmad kini kembali mempertaruhkan karya terbaharu berjudul Aku Tekad.
Mengakui kehilangannya sebelum ini bukan noktah dalam kerjaya seni, penyanyi berusia 43 tahun itu menegaskan dia masih aktif menyanyi, cuma perlu memberi tumpuan penuh membesarkan anaknya.
Mengimbau kesilapan lalu, Uchop atau nama sebenar Mohamad Yusof Ahmad mengakui sikap keras kepala dan sukar menerima pandangan orang lain menjadi faktor kerjayanya berdepan fasa pasang surut.
"Banyak perkara yang saya pelajari. Kalau dulu, saya asyik ikut kehendak diri sendiri sahaja, tak mahu dengar cakap orang dan tak sabar. Saya sedar kesilapan lalu banyak merugikan saya.









