KEBAHAGIAAN rumah tangga Datuk Nora Ariffin dan Johan Nawawi bersama empat anak diuji apabila komposer itu meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.

Nora berkata, pemergian Johan amat memberi kesan kepadanya kerana lelaki berkenaan adalah segala-galanya bagi dirinya ketika itu.

"Sebab selain daripada suami, dia juga sebagai pengurus saya. Dialah yang menguruskan kerjaya, menguruskan show dan pelbagai perkara lagi.

"Saya bergantung penuh kepada dia. Jadi, bila dia tak ada, itu memang memberi kesan yang besar, tetapi Alhamdulillah apabila perlahan-lahan saya bangkit semula.