ALOR SETAR: Kerajaan negeri disaran meneroka tanaman sorgum sebagai sumber baharu pertanian negeri bagi menghadapi perubahan iklim dan kekurangan bekalan air.
ADUN Kota Siputeh, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir berkata, sorgum berpotensi dikembangkan di Kedah kerana penggunaan air yang lebih rendah iaitu 34 hingga 50 peratus berbanding tanaman padi.
Katanya, tanaman itu juga mempunyai pelbagai kegunaan apabila bijirinnya boleh diproses menjadi makanan ternakan dan tepung.
"Batangnya pula boleh digunakan untuk foraj dan gula serta hampasnya bagi penghasilan biojisim.








