KUALA LUMPUR: Pentadbiran Trump hari ini mengeluarkan satu peraturan yang menetapkan sekatan baharu terhadap eksport cip ke pusat data di luar negara yang membolehkan syarikat China mengakses cip kecerdasan buatan (AI) canggih bagi melatih model AI mereka.
Peraturan itu turut mewajibkan syarikat di Singapura, Thailand, Malaysia, Indonesia dan Brazil memohon lesen eksport AS bagi mendapatkan cip paling canggih, sebagai usaha membendung penyelewengan dan pengalihan cip secara haram ke destinasi yang tidak dibenarkan.
Peraturan berkenaan diumumkan ketika Presiden, Donald Trump berlepas untuk lawatan ke Asia yang turut merangkumi pertemuan dengan Presiden China, Xi Jinping di China.
Langkah itu juga dibuat ketika Setiausaha Perdagangan, AS Howard Lutnick berdepan kritikan yang semakin meningkat berhubung pengendalian kawalan eksport cip canggih ke China.









