Malaysia dan Perancis sedang usaha perkongsian strategik dalam beberapa bidang, termasuk tenaga nuklear, menurut Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof.PETALING JAYA: Malaysia sedang meneroka kerjasama dengan Amerika Syarikat (AS), Perancis dan Rusia dalam usaha mengkaji kemungkinan memperkenalkan tenaga nuklear, kata Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof.
Fadillah, yang menerajui Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) berkata, Malaysia berhasrat memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat tenaga nuklear Rusia, Rosatom.
“Kita akan tandatangani ‘Perjanjian 123’ dengan AS,” katanya dalam temu bual bersama FMT, merujuk pakatan kerjasama nuklear awam di bawah Seksyen 123 Akta Tenaga Atom AS 1954.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fanwaribrahimpcmanila20261117_297303.png&w=480&output=webp&q=85&we)