Kuala Terengganu: Seorang wanita warga emas kerugian lebih RM400,000 selepas digertak terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram oleh sindiket 'phone scam.'

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mangsa yang juga pesara membuat laporan polis berkaitan penipuan itu, jam 1.26 tengah hari semalam.

Menurut Azli, pada Oktober lalu, mangsa mendapat panggilan telefon daripada individu yang mendakwa pegawai polis dan memaklumkan yang mangsa terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram.

"Mangsa dimaklumkan akaun banknya kononnya sudah disenaraihitamkan oleh Bank Negara (BNM).