SHAH ALAM – Nilai kerugian akibat banjir di Selangor meningkat kepada RM52.9 juta pada 2025 berbanding RM22.6 juta pada tahun sebelumnya, kata Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan negeri Mohd Najwan Halimi.

Beliau berkata berdasarkan Statistik Nilai Kerugian Banjir Negeri Selangor 2024 dan 2025 Jabatan Perangkaan (DOSM) Selangor, kerugian berkenaan merangkumi kerosakan kediaman sebanyak RM15.3 juta, kenderaan (RM4 juta) dan premis perniagaan (RM1 juta).

Mohd Najwan berkata kerugian bagi pertanian dan kerosakan infrastruktur pula masing-masing merekodkan RM 9.6 juta dan RM26.6 juta.

“Berdasarkan Laporan Khas Impak Banjir di Malaysia 2025 yang diterbitkan DOSM, nilai kerugian keseluruhan akibat banjir di Malaysia pada 2025 berjumlah RM636.9 juta berbanding 2024 sebanyak RM933.4 juta.