Shah Alam: Selangor rugi RM52.9 juta akibat banjir tahun lalu, meningkat berbanding RM22.6 juta pada 2024.

EXCO Pengurusan Bencana negeri, Mohd Najwan Halimi berkata, jumlah berkenaan berdasarkan Laporan Khas Impak Banjir di Malaysia 2025 yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Katanya, nilai kerugian keseluruhan akibat banjir di Malaysia tahun 2025 berjumlah RM636.9 juta berbanding tahun 2024 sebanyak RM933.4.

"Selangor adalah negeri keempat selepas Terengganu mencatatkan nilai kerugian tertinggi sebanyak RM89.2 juta. Diikuti Kelantan dan Johor masing-masing merekodkan kerugian sebanyak RM88.5 juta dan RM72.1 juta.