SHAH ALAM: Selangor mencatatkan kerugian RM52.9 juta akibat banjir tahun lalu, meningkat berbanding RM22.6 juta pada 2024.
EXCO Pengurusan Bencana negeri, Mohd Najwan Halimi, berkata jumlah berkenaan berdasarkan Laporan Khas Impak Banjir di Malaysia 2025 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Beliau berkata, nilai kerugian keseluruhan akibat banjir di Malaysia pada 2025 berjumlah RM636.9 juta berbanding RM933.4 pada 2024.
"Kerugian di Selangor merangkumi kerosakan kediaman sebanyak RM15.3 juta, kenderaan RM0.4 juta dan premis perniagaan RM1.0 juta.










