MELAKA - Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka baharu yang bakal dilantik akan menampilkan kesemua wakil daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh berkata, pelantikan barisan Exco itu akan diperhalusi dengan mengambil kira kemampuan dan keupayaan setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) memikul tanggungjawab yang bakal diamanahkan.Beliau berkata, pihaknya memerlukan pasukan yang mempunyai daya saing serta pemikiran kreatif bagi bersama-sama memajukan Melaka ke satu tahap yang lebih baik."Pastinya akan diwakili semua parti dalam barisan Exco baharu ini yang dijangka diumumkan dalam masa terdekat dan pengamal media akan dipanggil untuk diberi makluman tentang pelantikan berkenaan."Saya akan membentuk satu pasukan kerja yang terbaik untuk bersama-sama saya memajukan Melaka dan disokong semua agensi dan penjawat kerajaan bagi melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan rakyat," katanya kepada pemberita di Pejabat Ketua Menteri Melaka di Seri Negeri di sini pada Selasa.Beliau berkata demikian selepas selesai "clock in" bagi memulakan hari pertama tugasan rasmi sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 yang turut disambut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Salhah Salleh.Ab Rauf berkata, pasukan berkenaan akan mendengar setiap suara, cadangan, pandangan atau keluh-kesah rakyat sama ada dari aspek pentadbiran, kemasyarakatan atau keperluan rakyat dan mengambil tindakan sewajarnya, sekali gus menjadi dasar kerajaan negeri bagi penambahbaikan pada masa hadapan.Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan negeri akan mula melaksanakan 113 inisiatif di bawah enam teras manifesto yang ditawarkan BN dan PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 dalam tempoh 100 hari pertama selepas barisan Exco berkenaan dilantik.Beliau berkata, manifesto itu juga akan menjadi garis panduan setiap Exco kerajaan negeri bagi memastikan setiap janji kepada rakyat dapat ditunaikan mengikut jadual ditetapkan."Kita tidak mahu apabila tiba hujung tahun, kita tidak dapat mencapai apa yang diinginkan dan dirancang dan setiap Exco juga ada petunjuk prestasi utama (KPI) yang perlu dicapai," katanya.Beliau berkata, penjawat awam di Melaka juga diminta membantu pelaksanaan setiap manifesto yang dirangka itu bagi memastikan segala perancangan dan dasar kerajaan negeri dapat dilaksanakan serta disampaikan kepada rakyat secara menyeluruh.Gabungan BN-PN berjaya membentuk kerajaan negeri selepas menang 24 daripada 28 kerusi dipertandingkan pada PRN Melaka ke-16, Sabtu lepas.- Bernama
Barisan Exco Melaka akan tampilkan semua wakil komponen BN-PN - Ab Rauf

Key takeaways
Barisan Exco Melaka baharu akan merangkumi semua wakil parti komponen BN dan PN, dijangka diumumkan dalam masa terdekat. Pelantikan ini bertujuan membentuk pasukan berdaya saing untuk memajukan negeri.
- Ab Rauf Yusoh menyatakan semua parti komponen BN dan PN akan diwakili dalam barisan Exco baharu.
- Pelantikan Exco dijangka diumumkan dalam masa terdekat dengan media dipanggil untuk makluman.
- Kerajaan negeri akan melaksanakan 113 inisiatif dalam tempoh 100 hari pertama selepas pelantikan Exco.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Kamaruddin Mohd Noor digugurkan daripada barisan exco Kelantan
- Free Malaysia Today Tak ada keperluan rombak barisan exco Kedah, kata Sanusi
- Malaysiakini (BM) PRN Melaka: Bagaimana Melayu akan mengundi Sabtu ini?
- Harian Metro EXCO Melaka akan dilantik dalam tempoh terdekat
- Malaysiakini (BM) Wakil PN bakal dilantik exco Melaka - Ab Rauf
- Sinar Harian Barisan Exco Melaka akan tampilkan semua wakil komponen BN-PN - Ab Rauf (this story)








