SHENZHEN: Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bao'an Shenzhen tengah malam tadi untuk menghadiri Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC ke-33 di sini.
Beliau diiringi barisan pegawai kanan kerajaan, dengan pesawat khas kerajaan mendarat jam 12.29 pagi.
Anwar bersama delegasi disambut Duta Besar Malaysia ke Republik Rakyat China, Datuk Norman Muhamad, serta Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia di Beijing, Norfarina Mohd Azmee.
Kerajaan China diwakili oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Wilayah Guangdong, Huang Chupin; Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia yang baharu dilantik, Yao Wen, serta Duta Protokol ke APEC, Ouyang Yujing.









