SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dipercayai masih menjalankan tugas seperti biasa apabila dijadual merasmikan Pelancaran Bulan Zakat Peringkat Negeri Sembilan, esok.
Menurut sumber, Ismail dijadual menghadiri majlis anjuran Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) yang akan berlangsung di D’Tempat Country Club, Bandar Seri Sendayan pada pukul 11.45 pagi.
Perkembangan itu menyusul selepas Ismail dilaporkan menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Hinggap, di sini, petang semalam.
Beliau difahamkan tiba di istana berkenaan kira-kira pukul 5 petang sebelum pertemuan bersama Tuanku Muhriz berlangsung lebih sejam.










