Manchester: Bintang remaja Manchester United, JJ Gabriel, mengumumkan keputusan meninggalkan kelab itu, dengan pemain berusia 16 tahun berkenaan dijangka menyertai Real Madrid.
Gabriel mengumumkan perkara itu menerusi video di Instagram semalam.
"Manchester United yang dihormati, saya tiba pada tahun 2020 sebagai budak lelaki berusia 10 tahun dengan impian besar.
"Ketika memulakan babak baharu dalam hidup saya, Manchester United akan sentiasa menjadi sebahagian daripada perjalanan karier saya. Terima kasih atas segala-galanya," kata Gabriel dalam video berkenaan.









