KUALA LUMPUR: Di sebalik kilauan dua pingat emas yang diraih dalam tempoh hanya sekitar dua bulan, tersimpan kisah pengorbanan dan cabaran besar yang dilalui Datuk Azizulhasni Awang untuk mengekalkan prestasi di pentas tertinggi ketika usia sudah mencecah 38 tahun.
Pelumba berbasikal trek negara itu membuat refleksi terhadap pencapaiannya di Sukan Komanwel Glasgow dan Sukan Asia Aichi-Nagoya ketika dalam perjalanan dari Tokyo ke Shanghai bagi menghadapi Kejohanan Dunia, sambil menyifatkan kejayaan mengekalkan emas dalam kedua-dua temasya berkenaan sebagai sesuatu yang luar biasa.
Menurut Azizulhasni, berdasarkan telaahnya, hanya empat atlet Malaysia pernah memenangi emas di Sukan Komanwel dan Sukan Asia pada tahun yang sama, iaitu Datuk Ng Boon Bee, Datuk Punch Gunalan, gandingan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong serta legenda skuasy negara, Datuk Nicol David.










/file/attachments/orphans/catsanddog12_879745.png)