am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Jet peribadi yang dikaitkan dengan cubaan menyeludup lebih setengah tan methamphetamine atau syabu dari Laos ke Filipina didapati didaftarkan di Amerika Syarikat (AS) atas nama sebuah syarikat pemegang amanah korporat yang berpangkalan di Utah.
Semakan New Straits Times terhadap pangkalan data Aircraft Inquiry milik Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) mendapati pesawat dengan nombor pendaftaran N73GP itu adalah Gates Learjet Corp Model 55B.
Pesawat yang dikeluarkan pada 1986 dengan nombor siri 55-127 itu didaftarkan di North Salt Lake, Utah.
Rekod FAA menyenaraikan status pendaftaran pesawat itu sebagai sah dengan jenis pendaftaran 'Corporation' dan menyatakan ia bukan di bawah pemilikan pecahan.









