Sepuluh bekas ahli MMKN Negeri Sembilan memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Seremban berhubung pembatalan pelantikan mereka. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Sepuluh bekas ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Negeri Sembilan terdiri daripada ahli politik Barisan Nasional dan Perikatan Nasional mahu mahkamah mengisytiharkan pembatalan pelantikan mereka adalah batal, tidak sah dan tidak berkuat kuasa.

Mereka memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Seremban pada 5 Oktober lalu, terhadap setiausaha kerajaan Negeri Sembilan dan kerajaan Negeri Sembilan.

Mereka memohon suatu pengisytiharan bahawa pembatalan pelantikan yang diwartakan dalam suatu warta kerajaan Negeri Sembilan bertarikh 24 September 2026 adalah batal, tidak sah dan tidak berkuat kuasa terhadap mereka.