PETALING JAYA – Dua pelumba pasukan Mercedes Formula Satu (F1), Andrea Kimi Antonelli dan George Russell mencuri perhatian pengguna media sosial selepas memberikan jawapan tidak disangka-sangka ketika ditanya mengenai makanan kegemaran mereka di Singapura.
Menerusi satu klip yang tular di Threads, kedua-dua pelumba itu diajukan soalan oleh pengacara mengenai makanan yang paling mereka gemari untuk dinikmati ketika berada di republik berkenaan.
Bagaimanapun, Kimi yang berasal dari Itali dengan selamba menjawab ‘pasta’ manakala Russell yang merupakan pelumba Britain pula memilih ‘fish and chips’.
Jawapan itu mengundang gelak tawa kerana kedua-duanya dilihat secara tidak sengaja memilih hidangan yang cukup sinonim dengan negara asal masing-masing, bukannya makanan tempatan Singapura.









