PETALING JAYA: Belanjawan Madani 2027 yang dibentangkan hari ini akan meneruskan tekad kerajaan untuk meningkatkan taraf kehidupan, membela nasib rakyat dan memastikan setiap individu dapat hidup secara bermaruah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, aspirasi itu menjadi antara tumpuan Belanjawan Madani kelima yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada pukul 3.30 petang ini.
“Belanjawan Madani kelima ini meneruskan tekad untuk memastikan kemajuan negara dirasai setiap rakyat, agar taraf kehidupan terus ditingkatkan, nasib mereka terbela dan setiap daripada kita dapat hidup secara bermaruah,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Beliau turut mengajak orang ramai mengikuti pembentangan Belanjawan 2027 secara langsung menerusi semua saluran televisyen dan platform digital utama pada pukul 3.30 petang ini. –UTUSAN









