PETALING JAYA: Sebanyak 19 kes membabitkan 12 ahli politik diberikan pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah seluruh negara antara 2010 hingga Julai lalu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, jumlah itu berdasarkan input daripada Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) serta semakan rekod kes jenayah di mahkamah.
Bagaimanapun katanya, butiran lanjut mengenai kes tertentu boleh dirujuk terus kepada Jabatan Peguam Negara yang mempunyai rekod dan maklumat berkaitan pendakwaan kes berkenaan.
“Bagi penjelasan, DNAA tidak terjumlah kepada suatu pembebasan daripada pertuduhan.
“Mengambil kira konteks kes jenayah tidak tertakluk kepada tempoh had masa seperti kes sivil, individu diberikan DNAA masih boleh didakwa semula atas pertuduhan sama.








