KUALA LUMPUR: "Saya fikir tidak eloklah benda ini. Sebab dia boleh mempengaruhi orang lain. Apa dia cakap itu orang dengar dan benda tu akan bertambah buruk".

Demikian kata pelakon dan pengacara, Kamal Adli mengulas isu membabitkan hubungan dua negara, Malaysia-Indonesia yang dikatakan agak panas sekarang.

Kamal atau nama lengkap, Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, menyuarakan pandangannya berhubung kenyataan seorang aktor Indonesia berhubung tindakan rakyat Malaysia yang memboikot jenama produk dari negara terbabit.

"Dia tidak seharusnya berbuat demikian kerana secara tidak langsung telah mengeruhkan lagi ketegangan yang sedang berlaku di antara rakyat dari dua negara," katanya ditemui pada sidang media konsert Cuckootopia dan AMT2026 di sini, malam tadi.