BAGI sesetengah orang, Perodua Kancil mungkin sekadar sebuah kereta kecil yang pernah memenuhi jalan raya Malaysia suatu ketika dahulu.

Namun, bagi pemilik dan peminatnya, kenderaan tersebut membawa cerita, kenangan dan nostalgia yang sukar digantikan.

Semangat itu kembali dihidupkan menerusi Kopi dan Kancil Muo Edition yang berlangsung di Stadium TMIYC Muar, Johor baru-baru ini.

Berlangsung dari pukul 3 petang hingga 11 malam, acara anjuran QARTEL bersama Komuniti Kancil Muar/Johor itu menghimpunkan kira-kira 250 buah Perodua Kancil dari pelbagai kawasan.