Itu antara reaksi pengguna media sosial selepas beberapa video memaparkan aksi polis mengejar sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) di sekitar Wangsa Maju, Kuala Lumpur, pagi tadi.

Menerusi perkongsian di media sosial, kejadian itu menarik perhatian orang ramai apabila kenderaan terbabit dipercayai cuba melarikan diri daripada pihak polis sebelum berjaya ditahan.

Pengguna Threads @tqriz.hykl, menerusi perkongsiannya turut berseloroh dengan membandingkan situasi tersebut dengan permainan video popular Grand Theft Auto (GTA).

Menerusi video yang dimuat naiknya, beberapa anggota polis mengejar pemandu 4WD itu selain dibantu oleh orang awam.