Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook menggesa anggota parti di Negeri Sembilan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk PRN, dengan memberi tumpuan kepada pengukuhan akar umbi dan khidmat kepada rakyat. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Pemimpin DAP di Negeri Sembilan perlu terus berkhidmat kepada rakyat walaupun tidak lagi memegang jawatan rasmi, kata Setiausaha Agungnya Loke Siew Fook.

Loke berkata bekas ahli majlis tempatan dan ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) perlu terus membantu penduduk yang mendapatkan bantuan daripada mereka.

“Jika pengundi datang minta bantuan, tolong lakukan sedaya upaya untuk membantu mereka. Jangan kata sekarang saya bukan lagi sebahagian daripada kerajaan negeri atau majlis tempatan, jadi saya tidak boleh membantu,” katanya dalam ucapan pada konvensyen DAP Negeri Sembilan di Seremban.