Menteri Luar Mohamad Hasan turut menasihatkan rakyat Malaysia yang tidak mempunyai keperluan mendesak supaya menjadualkan semula perjalanan ke Arab Saudi sehingga keadaan keselamatan bertambah baik. (Gambar Bernama)PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia yang menetap dan bekerja di Riyadh, Arab Saudi, dilaporkan berada dalam keadaan selamat, susulan ketegangan yang masih berlarutan di negara itu.
Menteri Luar, Mohamad Hasan, berkata laporan harian yang diterima daripada Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh mengesahkan rakyat Malaysia di kedua-dua bandar berkenaan berada dalam keadaan baik.
“Laporan setiap hari saya terima daripada kedutaan kita di Riyadh dan juga di Jeddah, konsul kita di Jeddah, menyatakan bahawa keadaan rakyat Malaysia semua okey.






