New York: Pemenang pingat emas Olimpik Paris, Sifan Hassan terpaksa melupakan penyertaan dalam satu lagi maraton utama buat kali kedua berturut-turut apabila menarik diri daripada Maraton New York pada 1 November ini.

Sifan dari Belanda memaklumkan menerusi hantaran di media sosial bahawa masalah kesihatan menjejaskan persiapannya untuk perlumbaan berkenaan.

"Saya sangat teruja untuk kembali dengan prestasi lebih baik, tetapi masalah kesihatan menjejaskan latihan saya dan saya belum mencapai tahap yang diharapkan.

"Ada kalanya, perkara tidak berjalan seperti yang dirancang," tulis Sifan menerusi media sosial.