PETALING JAYA – Ketakutan kehilangan isteri, ego tercabar dan ketidakmampuan menerima hakikat rumah tangga bakal ber­akhir boleh mendorong sesete­ngah suami bertindak di luar batas kewarasan sehingga sanggup membunuh.

Pakar perunding keluarga (Kaunselor Berdaffar), Zumasni Rajikin berkata, ada lelaki yang tidak sanggup melepaskan isteri bukan semata-mata kerana masih menyayangi pasangan, tetapi turut didorong ketakutan kehilangan, ego serta kegagalan menerima hakikat bahawa diri­nya tidak lagi dikehendaki.

Zumasni Ujarnya, sesetengah suami menganggap perceraian sebagai kegagalan diri sehingga memilih untuk menghalang isteri daripada meninggalkan perkahwinan, meskipun hubungan itu sudah tidak dapat dipulihkan.