Ramai pesakit tidak menyedari yang kanser payudara masih boleh berulang walaupun selepas selesai menjalani rawatan awal.
Risiko tersebut bagaimanapun berbeza mengikut individu, bergantung kepada faktor klinikal dan genetik masing-masing.
Justeru, pemahaman tentang peranan ujian genetik selepas diagnosis kanser payudara peringkat awal, biologi tumor dan penanda biologi (biomarker) penting dalam menentukan rawatan serta pemantauan jangka panjang.
Selain itu, faktor yang meningkatkan atau mengurangkan risiko berulang dan panduan untuk menyokong pesakit selepas tamat rawatan awal turut perlu diberi perhatian.








