JAKARTA: Empat individu dinamakan sebagai suspek dalam insiden feri KM Virgo Transport 8 terbalik sebelum karam di Laut Jawa pada 13 September lalu, menurut Polis Kalimantan Selatan, semalam, lapor Xinhua.

Pegawai polis tempatan, Sigit Haryono, berkata empat suspek terbabit ialah kapten kapal, seorang pegawai daripada syarikat perkapalan dan logistik PT Virgo Karya Shipping, pengurus cawangan syarikat, serta pengurus operasinya.

Kapten kapal itu kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Kalimantan Selatan, manakala tiga suspek lain telah dipanggil untuk menjalani soal siasat, katanya sebagaimana dilaporkan BERNAMA-XINHUA

Setakat semalam, seramai 80 mangsa ditemui maut, manakala 108 terselamat dan 55 lagi masih hilang, menurut Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS).