Quang Ngai: Seorang Wanita Vietnam yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh rakan karibnya dan mencuri barang kemas miliknya ditahan selepas 43 tahun menjadi buruan, lapor Tuoi Tre News.
Nguyen Thi Tuyet, 69, ditahan di Wilayah Lam Dong, tanah tinggi tengah Vietnam, pada 16 Oktober lalu selepas melarikan diri dari penjara pada 1983 dan hidup menggunakan identiti palsu.
Polis Wilayah Quang Ngai dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan Tuyet yang dilahirkan pada 1957 sudah dipindahkan ke pusat tahanan polis wilayah untuk tindakan lanjut mengikut undang-undang.
Tuyet membunuh rakan karibnya, Pham Thi Phuoc, 22, di kampung halaman mereka pada 1979 bagi mencuri rantai leher emas dan sepasang anting-anting emas.








