LONDON – Pengendali Arsenal, Mikel Arteta percaya pasukannya mempunyai formula ampuh untuk mengekang cabaran Bayern Munich menjelang aksi Liga Juara-Juara (UCL), di Allianz Arena awal pagi esok.

Menurut Arteta, barisan kejurulatihan sudah ada perancangan tersendiri dam bersedia menyesuaikan pendekatan taktikal mengikut corak permainan lawan.

Arteta berkata, pertemuan menentang Bayern bakal menghadirkan cabaran berbeza berbanding aksi terdahulu, sekali gus menuntut barisan tampil lebih pantas, agresif dan bijak memanfaatkan ruang.

“Perlawanan seterusnya berbeza dengan Lille dan kami akan berdepan Bayern yang sangat berbeza. Ia akan menjadi 90 minit dengan pendekatan seorang lawan seorang dan kita lihat apa yang berlaku.